Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer.
Bengkel Model Pemprosesan Maklumat
Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Cara Bagaimana Manusia Berfikir
Memproses - Menyimpan - Mengingat Kembali
Prinsip-prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
ii. Pengaliran maklumat dua hala
iii.Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Aplikasi Model Pemprosesan Maklumat dengan menggunakan Tapak Pembelajaran
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.
Contoh langkah atau cara penggunaan Tapak Pembelajaran
Langkah1:
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P.

![]() |
Anda boleh merujuk panduan yang dipaparkan dalam page langganan untuk memilih pakej yang anda suka |
Langkah 2 :
Berikut merupakan contoh version yang lama. Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :
Langkah 3 :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.
Langkah keempat:
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:
Langkah kelima:
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan