Tugasan 6

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pengenalan
Struktur perpautan lebih dikenali sebagai "hyperlink". Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon. Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

Terdapat empat jenis struktur pepautan:
(i) Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik. Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu bermaksud susunan daripada tajuk utama kepada tajuk kecil.

Piramid Makanan
Contoh urutan perpautan yang lain



Bagi laman web pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan struktur hierarki bermaksud maklumat yang digunakan secara berurutan mengikut kepentingan, pautan tersebut terletak di laman utama


ii)Struktur Komposit
Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. 



iii) Struktur Linear
Struktur ini bermaksud laman web yang dipaparkan berasingan dengan memaparkan maklumat yang berbeza. Setiap laman web yang dibuka tiada pautan sama sekali tetapi membawa satu maklumat yang dicari atau diingini. Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

iv)Struktur Rangkaian
membawa erti dalam laman web terdapat satu rangkaian yang boleh memaparkan laman utama kembali setelah melayari pautan lain. Dengan menggunakan kaedah hyperlink dan sebagainya. Laman web seperti ini menarik dan membantu pengguna dengan mudah.



Berikut merupakan pautan yang telah saya buat dalam tapak pembelajaran dan tutorial pembelajaran:





Berikut merupakan tutorial pembelajaran:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan