Apa itu etika komputer
- Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan).
- Isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat merangkumi hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat serta harta intelek dan capaian.
*Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet iaitu Google.
KOD ETIKA
a) Objektif Kod Etika
c)Rukun Kod Etika
KOD ETIKA
a) Objektif Kod Etika
- Mengetahui masalah moral dan isu etika computer
- Memahami prinsip etika computer
- Memahami etika professional Teknologi Maklumat
- Mengetahui fungsi kod etika profesional
- Keperluan etika komputer
b) Prinsip Kod Etika
- Keseimbangan -kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
- Keizinan termaklum-Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
- Keadilan-Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
- Meminimumkan risiko-TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko
- Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
- Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
- Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
- Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
- Menggunakan komputer dengan bertimbang rasa dan hormat kepada orang lain.
Masalah Moral dan Etika
Pengertak
(cracker)
|
Cracker
ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem
yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. Cracker tidak menulis
program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang
dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
|
Penyalahgunaan
Internet
|
Konsep
‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak
implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja
|
Virus
|
Sebarkan
virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
|
Hak Cipta
|
Memuat
turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi
undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
|
Perisian
Cetak Rompak
|
Maklumat
yang diperolehi tidak mendapat kebenaran pemilik asal dan dibuat cetakan
secara tulisan dan audio visual.
|
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point
Brosur
Brosur dikatakan sebagai media promosi. Brosur ini digunakan untuk memaklumkan atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Cara membuat brosur dengan menggunakan Microsoft Publisher adalah seperti berikut:
Brosur dikatakan sebagai media promosi. Brosur ini digunakan untuk memaklumkan atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Cara membuat brosur dengan menggunakan Microsoft Publisher adalah seperti berikut:
Langkah 1: Klik "start" menu, dan cari Microsoft Publisher dalam folder Microsoft Office2010.
Langkah 2: Setelah application dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut,kemudian pilih BROCHURE.
Langkah 3: Pilih satu design yang diminati mengikut kesesuaian brosur.
Langkah 4: Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Selepas itu, letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.
Langkah 5: Setelah itu, masukkan maklumat yang diperlukan dan proses seterusnya adalah untuk mencantikkan brosur. Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur tersebut.
Powerpoint
Perisian Power Point banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah. Power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan